3D Landscapes | Animals | Arachnida | Candid shot | Flowers | Insects | Landscapes | Macro | Mushrooms and fungi | Pencil drawing | Photo manipulation | Portraits | Sports | Video

Mini Museum: Banknotes (paper money) | Coins | Stamps |

Air terjun | Bukit | Masjid | Pantai | Pulau | Sawah | Sungai | Tasik
Tips Fotografi



Sessi panggang ayam di pantai Pandak

Ayam panggang berapi-api di atas pemanggang.  Tetapi sayang, banyak yang hangus akibat dari tidak cukup tangan dan kelemahan merancang dan menyediakan alat.

Kelmarin iaitu 11 Februari 2011, rakan Facebook saya iaitu Nur Khairunnisya Hamzah telah bermurah hati mengajak beberapa orang rakannya termasuk saya untuk menghadiri suatu sessi barbecue ala koboi di pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu , Terengganu.


<
Inilah dia port yang telah menjadi pilihan untuk membakar dan makan beramai-ramai.  Kelihatan dalam gambar dari kanan iaitu Mohd Zaim Hassim, Ahmad Azahari, Nur Khairunnisya, Mohd Syamsul Nik, kawan Nur Khairunnisya (belakang), Aya @ Hadiran Ombak dan Puteri Raudhah yang sedang membuai anak kepada Mohd Syamsul Nik iaitu Adam.


Hanya tangan si Aya @ Hadiran Ombak (nick dalam Facebook) ini sahaja yang saya sempat shoot.  Tak perasan pula muka dia tak sempat shoot satu habuk pun.  Adil lah tu, muka saya sendiri pun tidak masuk dalam gambar juga.


Ahmad Azahari ni dah macam chef dah, memang pandai dia membakar satay. Walaupun banyak juga ayam yang hangus kelmarin, itu pun kerana penyepit ada satu sahaja dan tidak sempat untuk membolak-balikkan ayam.  Ini lah akibatnya tidak merancang betul-betul sebelumnya.


Dua orang jejaka tampan ni (bukan jejaka perasan) memang boleh diharap untuk membakar satay kelmarin.  Waktu ni, anak-anak dara ramainya telah bersantai-santai sahaja tengok. Bukan main lagi! 


Taukeh yang sponsor sessi barbeque ni, Nur Khairunnisya.  Menjeling ke belakang ketika sedang menjadi mandur untuk sessi membakar.



Satay hotdog cucuk juga tidak ketinggalan di samping ayam-ayam panggang. Amacam, sudah meleleh ke tidak?


Ahmad Azahari dan selipar Jepun, bukan selipar Vietnam.  Sedang melakukan aksi Silat Gayung ke, Taichi ke, Taekwondo ke, Tomoi ke apa ntah tu, kasi motion blur sikit.


Mohd Syamsul Nik sedang merenung jauh ke, berjiwang ke, mengelamun ke, rezab ke, control handsome ke ntah lah.  Dia tahu lah tu .......

Sessi panggang ayam sudah bertukar ke sessi photoshoot model pula. Kebetulan Mohd Zaim Hassim juga mengajak kawannya yang bernama Puteri Raudhah (ntah nama sebenar atau hanya samaran). 


Awal-awal lagi Ahmad Azahari sudah rembat untuk laksanakan photoshoot nya. Saya pun apa lagi, tumpang la juga. Candid la apa lagi!  :D


Lihatlah ketekunan dan kesungguhan Ahmad Azahari untuk shoot model (ntah model betul ke atau memang saja minat untuk jadi model). Ahmad Azahari juga merupakan seorang otai gambar kahwin, kalau nak booking dia pun boleh.


Posing di celah batu. Mujur lah model bertudung dan menutup aurat dengan baik lah juga, alhamdulillah.  Jika model tidak menutup aurat dan seksi, saya pun tidak ada masa untuk shoot, sori.


Happy nampak model ni. Ketika ini dia sudah dikerumuni oleh ramai lagi fotografer lain, yang kebetulan juga terserempak di situ. Ada beberapanya yang saya juga kenal.  Untuk gambar di atas, terima kasih kepada Zul Ganu (nick dalam Facebook) kerana bantu memegang off camera flash.


Wajah menagih simpati ke apa ni?  Ada yang kata masa tu, macam anak burung duduk dalam sarang pun ada huhu.  Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.


Aksi Yoga oleh Puteri Raudhah, dengan kasi efek 'Out Of Bound'.   Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.

Terima kasih kepada Nur Khairunnisya Hamzah kerana telah sudi mengadakan sessi makan-makan tu. Terima kasih kepada Mohd Zaim Hassim kerana sudi menumpangkan saya ke situ. Banyak lah juga dapat makan ketul-ketul ayam panggang, mee goreng, satay hotdog, beserta dengan minum air limau Sunquick, alhamdulillah.  Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang telah memberi kerjasama.  Semoga Allah ta'ala membalas lebih baik lagi kepada anda semua.



Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~

Thanx for the comment :)







We're all belong to each other and came from same father and mother (Adam and Eve), so peace and justice for all. "O God You do not create this to waste , The Exalted One please protect us from hellfire" Subhanallah ....... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Random Posts