..

Friday, April 26, 2013

Photo manipulation - Hot air balloons Undilah PAS

| No comment
Photo manipulation Hot air balloons Undilah PAS


Ini kalilah! Reformasi! Kalau kita tidak tukar kerajaan pusat yang sedia ada, sampai bila-bilalah kita tidak akan tahu yang mana satu yang terbaik memerintah, sama ada Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat.  Maka nanti jika Pakatan Rakyat juga rosak dan 2 kali 5 sahaja dengan BN, kita tukar balik mereka pada pilihanraya yang akan datang.

BN sudah sangat lama berada di tampuk pemerintahan, dan sudah sebati dengan amalan rasuah, pecah amanah, tidak adil dalam membahagi hak rakyat, cara berpolitik kotor dan sebagainya lagi. Maka barang yang sudah buruk dan rosak, biasanya kita akan tukar baru pula, sama lah juga dengan kerajaan. 

Kerajaan yang sudah lama terlibat dengan amalan-amalan yang korup juga bagus untuk menjadi pembangkang pula, kerana mereka sudah tahu dan arif selok-belok tentang amalan-amalan tersebut (jika dilakukan pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya ke Putrajaya), dan sudah tentu akan menjadi pembangkang yang efisien.

Dan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menenangi PRU13 nanti dan dapat ke Putrajaya, semoga mereka dapat mencontohi corak pemerintahan Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat yang agung r.a. Atau setidak-tidaknya pun, dapat mengulangi kembali kegemilangan di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Undilah PAS dan Pakatan Rakyat .......

Allahu akbar!
Tags : ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts