Wallpaper Islamik - Penyakit-penyakit umat dulu

Kata-kata hikmah - kata-kata nasihat - Penyakit-penyakit umat dulu

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”. [Hadits Riwayat Al-Hakim]

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasut dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

[Petikan dari buku yang disusun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]




Kata-kata hikmah , kata-kata nasihat

No comments:

Thanx for the comment :)

Powered by Blogger.