3D Landscapes | Animals | Arachnida | Candid shot | Flowers | Insects | Landscapes | Macro | Mushrooms and fungi | Pencil drawing | Photo manipulation | Portraits | Sports | Video

Mini Museum: Banknotes (paper money) | Coins | Stamps |

Air terjun | Bukit | Masjid | Pantai | Pulau | Sawah | Sungai | Tasik
Tips Fotografi



Meninggalkan solat lima waktu adalah sebesar-besar dosa

Wallpaper Islamik - Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja

Beberapa hadits daripada Rasulullah S.a.w mengkafirkan orang yang meninggalkan solat;

Sabda Nabi S.a.w;  "Janji yang berlaku antara kita dengan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia."  [Hadits Riwayat At-Tirmidzi]

Sabda Nabi S.a.w; " Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka kufurlah dia secara nyata." [Hadits Riwayat At-Thabrani]

Pada hadits yang lain, "Sesiapa yang meninggalkan solat maka terlepaslah daripadanya janji Allah dan janji RasulNya S.a.w."

Sabda Nabi S.a.w; "Sesiapa yang memelihara sembahyang dikurniakan baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan pada Hari Kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, tiada baginya cahaya, petunjuk dan kelepasan. Dan pada Hari Kiamat dia akan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay anak Khalaf."  [Hadits Riwayat At-Thabrani dan Ibnu Hibban]

Maka sesungguhnya orang yang meninggalkan solat telah dinaskan pada beberapa hadits Rasulullah S.a.w sebagai kufur.

Demikian juga ada beberapa orang sahabat dan Salafus-soleh yang berkata; "Aku tidak terdengar mana-mana sahabat yang berkata jika meninggalkan sesuatu amalan menjadi kafir melainkan sembahyang. "

Kita hendaklah takut perkara ini dan takut meninggalkan solat atau meninggalkan sesuatu yang berkaitan dengan solat. Jika kita tidak melakukan sebagaimana yang disuruh itu maka kita adalah sebahagian daripada orang-orang yang binasa dan menanggung kerugian di dunia dan di akhirat. Orang yang demikian adalah orang yang berada dalam kerugian yang amat nyata.

[Petikan dari kitab Munyatul Musolli]


Para ulama sepakat bahawa meninggalkan solat termasuk dosa besar yang lebih besar dari dosa besar lainnya

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah –rahimahullah- mengatakan, “Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapat kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)

Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm –rahimahullah- berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang boleh dibenarkan.” (Al Kaba’ir, hal. 25)

Adz Dzahabi –rahimahullah- juga mengatakan, “Orang yang mengakhirkan solat hingga keluar waktunya termasuk pelaku dosa besar. Dan yang meninggalkan solat secara keseluruhan (iaitu satu solat saja) dianggap seperti orang yang berzina dan mencuri. 

Kerana meninggalkan solat atau luput darinya termasuk dosa besar. Oleh kerana itu, orang yang meninggalkannya hingga berkali-kali termasuk pelaku dosa besar sampai dia bertaubat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat termasuk orang yang rugi, celaka dan termasuk orang mujrim (yang berbuat dosa).” (Al Kaba’ir, hal. 26-27)


Apakah orang yang meninggalkan solat, kafir atau bukan muslim?

Dalam point sebelumnya telah dijelaskan, para ulama bersepakat bahawa meninggalkan solat termasuk dosa besar bahkan lebih besar dari dosa berzina dan mencuri. Mereka tidak berselisih pendapat dalam masalah ini. Namun, yang menjadi masalah selanjutnya, apakah orang yang meninggalkan solat masih muslim atau kah telah kafir?

Asy Syaukani -rahimahullah- mengatakan bahawa tidak ada beza pendapat di antara kaum muslimin tentang kafirnya orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajibannya. Namun apabila meninggalkan solat kerana malas dan tetap meyakini solat lima waktu itu wajib (sebagaimana kondisi sebahagian besar kaum muslimin hari ini), maka dalam hal ini ada perbezaan pendapat (Lihat Nailul Author, 1/369).

Mengenai meninggalkan solat kerana malas-malasan dan tetap meyakini solat itu wajib, ada tiga pendapat di antara para ulama mengenai hal ini.

Pendapat pertama mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat harus dibunuh kerana dianggap telah murtad (keluar dari Islam). Pendapat ini adalah pendapat Imam Ahmad, Sa’id bin Jubair, ‘Amir Asy Sya’bi, Ibrohim An Nakho’i, Abu ‘Amr, Al Auza’i, Ayyub As Sakhtiyani, ‘Abdullah bin Al Mubarrok, Ishaq bin Rohuwyah, ‘Abdul Malik bin Habib (ulama Malikiyyah), pendapat sebahagian ulama Syafi’iyah, pendapat Imam Syafi’i (sebagaimana dikatakan oleh Ath Thohawiy), pendapat Umar bin Al Khotthob (sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hazm), Mu’adz bin Jabal, ‘Abdurrahman bin ‘Auf, Abu Hurairah, dan sahabat lainnya.

Pendapat kedua mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, namun tidak dihukumi kafir. Inilah pendapat Malik, Syafi’i, dan salah salah satu pendapat Imam Ahmad.

Pendapat ketiga mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas-malasan adalah fasiq (telah berbuat dosa besar) dan dia harus dipenjara sampai dia mahu menunaikan solat. Inilah pendapat Hanafiyyah. (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah Al Kuwaitiyah, 22/186-187)

Jadi, intinya ada perbezaan pendapat dalam masalah ini di antara para ulama termasuk pula ulama madzhab. 


Bagaimana hukum meninggalkan solat menurut Al Qur’an dan As Sunnah? 


Pembicaraan orang yang meninggalkan solat dalam Al Qur’an

Banyak ayat yang membicarakan hal ini dalam Al Qur’an, namun yang kami bawakan adalah dua ayat saja.
Allah Ta’ala berfirman,

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui 'al ghoyya', kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” (QS. Maryam: 59-60)

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhuma mengatakan bahawa ‘ghoyya’ dalam ayat tersebut adalah sungai di Jahannam yang makanannya sangat menjijikkan, yang tempatnya sangat dalam. (Ash Sholah, hal. 31)

Dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini (iaitu sungai di Jahannam) sebagai tempat bagi orang yang mensia-siakan solat dan mengikuti syahwat (hawa nafsu). Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya bermaksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa. Tempat ini (ghoyya) yang merupakan bahagian neraka paling bawah, bukanlah tempat orang muslim, namun tempat orang-orang kafir.

Pada ayat selanjutnya juga, Allah telah mengatakan,

إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

“....... kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.” Maka seandainya orang yang mensia-siakan solat adalah mukmin, tentu dia tidak dimintai taubat untuk beriman.

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

“Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama.” (QS. At Taubah [9]: 11). 

Dalam ayat ini, Allah Ta’ala mengaitkan persaudaraan seiman dengan mengerjakan solat. Bererti jika solat tidak dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Konsekuensinya orang yang meninggalkan solat bukanlah mukmin kerana orang mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” (QS. Al Hujurat [49]: 10)


Pembicaraan orang yang meninggalkan solat dalam Hadits

Terdapat beberapa hadits yang membicarakan masalah ini.

Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

“(Pembatas) antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan solat.” (HR. Muslim no. 257)

Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu (bekas hamba Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ

“Pemisah antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” (HR. Ath Thobariy dengan sanad sohih. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini sohih. Lihat Sohih At Targib wa At Tarhib no. 566).

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ

“Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya (penopangnya) adalah solat.” (HR. Tirmidzi no. 2825. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan At Tirmidzi). Dalam hadits ini, dikatakan bahawa solat dalam agama Islam ini adalah seperti penopang (tiang) yang menegakkan khemah. Khemah tersebut boleh roboh dengan patahnya tiang. Begitu juga dengan Islam, boleh roboh dengan hilangnya solat.


Para sahabat ber-ijma’ (bersepakat) bahawa meninggalkan solat adalah kafir

Umar mengatakan,

لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

“Tidaklah disebut muslim bagi orang yang meninggalkan solat.”

Dari jalan yang lain, Umar berkata,

ولاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

“Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” (Dikeluarkan oleh Malik. Begitu juga diriwayatkan oleh Sa’ad di Ath Thobaqot, Ibnu Abi Syaibah dalam Al Iman. Diriwayatkan pula oleh Ad Daruquthniy dalam kitab Sunan-nya, juga Ibnu ‘Asakir. Hadits ini sohih, sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 209). Ketika Umar mengatakan perkataan di atas tatkala menjelang sakaratul maut, tidak ada satu orang sahabat pun yang mengingkarinya. Oleh kerana itu, hukum bahawa meninggalkan solat adalah kafir termasuk ijma’ (kesepakatan) sahabat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim dalam kitab Ash Sholah.

Majoriti sahabat Nabi menganggap bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh seorang tabi’in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau mengatakan,

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

“Dulu para sohabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.” Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari Abdullah bin Syaqiq Al ‘Aqliy seorang tabi’in dan Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah sohih. (Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52)

Dari pembahasan terakhir ini dilihat bahawasanya Al Qur’an, hadits dan perkataan sahabat bahkan ini adalah ijma’ (kesepakatan) mereka menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir (keluar dari Islam). Itulah pendapat yang terkuat dari pendapat para ulama yang ada.

Ibnul Qayyim mengatakan, “Tidakkah seseorang itu malu dengan mengingkari pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, padahal hal ini telah dipersaksikan oleh Al Kitab (Al Qur’an), As Sunnah dan kesepakatan sahabat. Wallahul Muwaffiq (Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik).” (Ash Sholah, hal. 56)

Ibnul Qoyyim mengatakan, “Iman adalah dengan membenarkan (tashdiq). Namun bukan hanya sekadar membenarkan (meyakini) saja, tanpa melaksanakannya (inqiyad). Kalau iman hanyalah membenarkan (tashdiq) saja, tentu Iblis, Fir’aun dan kaumnya, kaum sholeh, dan orang Yahudi yang membenarkan bahawa Muhammad adalah utusan Allah (mereka meyakini hal ini sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka), tentu mereka semua akan disebut orang yang beriman (mu’min-mushoddiq).”

Al Hassan mengatakan, “Iman bukanlah hanya dengan angan-angan (tanpa ada amalan). Namun iman adalah sesuatu yang menancap dalam hati dan dibenarkan dengan amal perbuatan.” (Lihat Ash Sholah, 35-36)

[Terjemahan dari Muslim.or.id]


Iblis mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhan semesta alam. Iblis juga mengakui bahawa Muhammad itu adalah Utusan Allah. Tetapi Iblis TIDAK TUNDUK PATUH dan melaksanakan PERINTAH-PERINTAH ALLAH. Bagaimana kita yang TIDAK TUNDUK patuh pada perintah-perintah Allah, terutamanya Solat 5 waktu?

Iblis ketika mula dilaknat oleh Allah S.w.t hanya kerana TIDAK MAHU TUNDUK PATUH pada PERINTAH Allah. Iblis ketika itu tidak membunuh, tidak rogol orang, tidak minum arak, tidak berzina dan sebagainya. Tetapi hanya kerana TIDAK MAHU TUNDUK PATUH pada perintah Allah , iaitu tunduk hormat pada Nabi Adam a.s, maka Iblis dilaknat.  Bagaimana dengan kita yang terus TIDAK WAHU SUJUD pada Allah yang menjadikan dan memberi segala nikmat kepada kita?  Mahu nikmat-nikmat itu ditarik terlebih dahulu?  :)

“Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri kerana enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (Surah Ghafir : 60)

Seorang manusia pasti akan MARAH jika kita selalu meminta-minta kepadanya. Tetapi Allah sangat SAYANG dan SUKA kepada hambaNya yang SUKA meminta kepadaNya, masyaAllah.





Islamic wallpaper - Anak kunci syurga ialah solat


"Anak kunci syurga ialah Solat" [Hadits Riwayat Imam Ahmad]

Rasulullah s. a. w bersabda maksudnya;  "Sesiapa yang solat berjemaah (subuh) kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka dia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna." [Hadits Riwayat Tirmizi]


Video bonus

Tok Imam Rempit (Lawak Habis) - Ustaz Azhar Idrus



~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~

Thanx for the comment :)







We're all belong to each other and came from same father and mother (Adam and Eve), so peace and justice for all. "O God You do not create this to waste , The Exalted One please protect us from hellfire" Subhanallah ....... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Random Posts