Tasik Pepsi Blue, Rusila, Marang, Terengganu

Tasik Pepsi Blue, Rusila, Marang, Terengganu

Tasik yang digelar sebagai Pepsi Blue ini terletak di Rusila, Marang, Terengganu. Saya rasa tak perlu saya perkenalkan lagi tempat yang dah agak basi ni. Cuma bagi yang belum berkunjung ke sini dan ada rancangan untuk ke sini, di bawah sana saya kasi info secara ringkas. Faham ke tak faham, buat-buat faham je la ya.

Tasik Pepsi Blue, Rusila, Marang, Terengganu
Tasik Pepsi Blue, Rusila, Marang, Terengganu

 Ada 3 orang model Bangla ke, Nepal ke apa ntah ni

Model: Adda Azaha


Model: Hanief Ahmad

Kalau anda datang dari bandar Kuala Terengganu, anda akan berjumpa dahulu dengan Masjid Rusila (Masjid Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang). Kemudian jalan ke depan sikit, ada satu traffic light, pusing ke kanan dan jalan terus, hingga anda jumpa bangunan TM (Telekom Malaysia) di sebelah kanan jalan. Itu bermakna anda sudah tidak jauh dari destinasi yang dituju.

Jalan terus sehingga anda jumpa beberapa kawasan perumahan baru di sebelah kanan jalan. Kalau tak silap saya, kawasan perumahan baru yang ketiga dari bangunan TM tadi. Masuk ke kawasan perumahan tersebut, dan cari jalan hingga ke hujung perumahan belah sana. Tasik ini hanya bersebelahan dengan perumahan tersebut, tetapi hanya perlu berjalan kaki sedikit hingga ke kawasan berbukit yang agak rendah. Apabila anda berada di kawasan kaki bukit tersebut, insyaAllah anda akan dapat mengagak ke arah mana anda perlu naik. 

Sebaik-baiknya anda bertanyalah kepada sesiapa yang menetap di situ. Jangan jadi seperti kami yang sesat 3 kali sebelum dapat sampai ke sini. :-D



No comments:

Thanx for the comment :)

Powered by Blogger.