..

Friday, October 17, 2014

Batang-batang pokok mati dalam Tasik Kenyir

| No comment
Batang-batang pokok mati dalam Tasik Kenyir
Batang-batang pokok mati dalam Tasik Kenyir

Batang-batang pokok mati dalam Tasik Kenyir

Gambar ala kadar saja. Kalau anda berada sendiri di kawasan ini, akan lebih kagum lagi dengan keindahan ciptaan Allah. Melihat banyaknya batang-batang pokok kayu mati dalam tasik yang sayup mata memandang. Banyak lagi yang tak sempat snap. Kenapa? Ceritanya ada di bawah .......

Batang-batang pokok mati dalam Tasik Kenyir


AKS Resort
AKS Resort

Tak sempat snap banyak lagi pasal malang tidak berbau, saya ditimpa ujian kehabisan minyak motosikal hari itu di tengah-tengah jalan Kuala Berang ke Gua Musang ini. Dalam hati saya masa tu, "habis dah aku!". Hanya tawakkal pada Allah saja lah yang dapat. Tak berhenti-henti merayu dan minta tolong pada Dia.

Gambar-gambar ini bukan snap dari pulau-pulau di dalam tasik, atau setelah menaiki bot, tetapi hanya dari tepi jalan tersebut.

Kenapa habis minyak di tengah-tengah jalan tengah hutan ini? Ada seorang pekerja tepi jalan tu kata, perjalanan 15 minit dari tempat saya bertanya itu, saya akan bertemu dengan signboard Hidro Electric, kemudian boleh tanya pengawal di pos pengawal. Di dalam tempat kerja situ ada orang jual minyak botol katanya dengan penuh yakin. Saya pun apa lagi, percayalah, walaupun sebelum tu memang rasa tak sedap hati dah. 

Selepas setengah jam baru saya jumpa tempat itu, kemudian saya tanya pengawal (seorang Bangla seorang Indonesia), mereka kata tak ada orang jual minyak. Baiklah, saya kata akan cuba cari di tempat lain. Kemudian, naik motosikal tak sampai 2 minit, minyak habis. Terpaksa tolak motor naik bukit turun bukit sekejap, penatnya Allah saja yang tahu. Dengan tengah panasnya, dengan belum breakfast nya. Tetapi alhamdulillah, hanya dekat sahaja dari pos pengawal tadi.

Saya pergi tanya balik pengawal, tetapi saya tidak dibenarkan masuk ke situ kerana tiada "pas masuk". Saya kata nak tunggu orang yang akan masuk ke situ untuk tanya. Dalam setengah jam kemudian, betul-betul saya rasa bantuan dari Allah tiba. Ada 2 orang anak muda masuk ke situ dengan motosikal. Saya minta tolong pada dia untuk belikan minyak petrol. Pendekkan cerita, dapatlah sebotol minyak yang berharga RM5, alhamdulillah. Dapat jugak aku pulang ke rumah huhu.

Pengajarannya, kalau nak "explore" jalan Kuala Berang ke Gua Musang ini, pastikan minyak motosikal penuh dan bawa minyak tambahan (spare). Dan kalau terjadi juga kehabisan minyak, sila cari tempat yang ada signboard Hidro Electric di tepi jalan tadi, dan minta tolong pekerja-pekerja di situ. 

Ok, itu saja, sekali-sekala rasa nak bercerita dan berkongsi tapi malas nak karang panjang-panjang. Wassalaamu'alaikum :-)


p/s: Hati masih belum puas. Lain kali kalau ada rezeki, mesti datang lagi tempat ini untuk snap gambar kerana masih banyak yang belum sempat snap hari itu ....... 

Tags : , ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts