3D Landscapes | Animals | Arachnida | Candid shot | Flowers | Insects | Landscapes | Macro | Mushrooms and fungi | Pencil drawing | Photo manipulation | Portraits | Sports | Video

Mini Museum: Banknotes (paper money) | Coins | Stamps |

Air terjun | Bukit | Masjid | Pantai | Pulau | Sawah | Sungai | Tasik
Tips Fotografi



Gambar Air terjun Sekayu, Hulu Terengganu

gambar air terjun sekayu
Gambar air terjun Sekayu yang utama

Gambar di atas ialah air terjun utama dan terbesar di kawasan rekreasi air terjun Sekayu ini. Mesti mendaki berpuluh-puluh anak tangga untuk sampai ke sini.

Air terjun Sekayu terletak di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Lebih kurang dalam 16km dari bandar Kuala Berang. Dan lebih kurang 50km dari bandar Kuala Terengganu.


gambar air terjun sekayu
Gambar pandangan laluan air terjun Sekayu dari atas jambatan gantung


Gambar pandangan dari bawah jambatan gantung


gambar
Gambar air terjun Sekayu dengan pancaran cahaya matahari


gambar air terjun
Gambar air terjun Sekayu yang menyegarkan dan mendamaikan fikiran




Air terjun Sekayu juga merupakan kawasan yang amat bagus untuk merakam gambar / foto macro flora dan fauna. Ada taman Orkid yang mempunyai beratus-ratus spesis bunga Orkid. Ada taman herba yang mempunyai beratus-ratus tanaman herba siap dengan nama saintifiknya sekali.

Bermacam-macam jenis serangga yang pelik dari biasa juga boleh ditemui di kawasan ini jika kita betul-betul mencarinya.  Berikut hanya beberapa contoh yang saya sempat rakamkan.


Gambar Froghopper dengan titisan air hujan


Gambar Cengkerik dengan titisan air hujan



Banyak kemudahan awam asas disediakan di sini seperti chalet, tandas awam, surau, tempat parking motor, tempat rehat dan sebagainya. Di sini juga ada laluan untuk mendaki ke Gunung Gajah Terom. Ada banyak lagi port dan subjek menarik yang anda sendiri boleh terokai.




Cuti-cuti Malaysia,  Amazing Malaysia, Mari melawat Terengganu, Gambar landskap

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~

Thanx for the comment :)







We're all belong to each other and came from same father and mother (Adam and Eve), so peace and justice for all. "O God You do not create this to waste , The Exalted One please protect us from hellfire" Subhanallah ....... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Random Posts