Cinemagraph: Syafiq dan kalkatu

Kebetulan semalam kalkatu banyak keluar selepas hujan, dan ada model yang boleh dijadikan korban untuk bersama-sama kalkatu, maka saya cuba lah buat gambar cinemagraph / GIF animation ni.  Terima kasih pada Syafiq (Sapik) kerana sudi jadi model free. :D

Syafiq dan kalkatu cinemagraph - gif animation

Sila tunggu gambar loading penuh untuk melihat animasinya, terima kasih  :)

Makro kulit buah salak

Makro kulit buah salak
Makro kulit buah salak

Tersusun elok sisik-sisik kulit buah salak , seakan-akan kulit ular, SubhanAllah .......


buah salak
Buah salak


Photo manipulation - Hot air balloons Undilah PAS

Hot air balloons Undilah PAS


Ini kalilah! Reformasi! Kalau kita tidak tukar kerajaan pusat yang sedia ada, sampai bila-bilalah kita tidak akan tahu yang mana satu yang terbaik memerintah, sama ada Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat.  Maka nanti jika Pakatan Rakyat juga rosak dan 2 kali 5 sahaja dengan BN, kita tukar balik mereka pada pilihanraya yang akan datang.

BN sudah sangat lama berada di tampuk pemerintahan, dan sudah sebati dengan amalan rasuah, pecah amanah, tidak adil dalam membahagi hak rakyat, cara berpolitik kotor dan sebagainya lagi. Maka barang yang sudah buruk dan rosak, biasanya kita akan tukar baru pula, sama lah juga dengan kerajaan. 

Kerajaan yang sudah lama terlibat dengan amalan-amalan yang korup juga bagus untuk menjadi pembangkang pula, kerana mereka sudah tahu dan arif selok-belok tentang amalan-amalan tersebut (jika dilakukan pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya ke Putrajaya), dan sudah tentu akan menjadi pembangkang yang efisien.

Dan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menenangi PRU13 nanti dan dapat ke Putrajaya, semoga mereka dapat mencontohi corak pemerintahan Nabi Muhammad S.a.w dan para sahabat yang agung r.a. Atau setidak-tidaknya pun, dapat mengulangi kembali kegemilangan di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Undilah PAS dan Pakatan Rakyat .......

Allahu akbar!

Photo manipulation - Vegefruit small ville at night

Vegefruit small ville at night - Photo manipulation


Vegefruit small ville at night

Welcome to Vegefruit small ville. Before this i posted Peace underwater, and now we visit a vegetable and fruits concept ville. Most photos in this picture are from Google Images. I hope you like this humble work and share. Thank you .......


p/s: Jika pemimpin sebuah negara mahukan rakyatnya kurang/tidak mencuri, merompak, meragut, pecah rumah dan seumpamanya, maka selain dari laksanakan Hukum Hudud yang wajib pemimpin sebuah negara laksanakan, cuba lah ikhtiar agar agihan pendapatan dan harta-benda di dalam negara ini seimbang (balance). Bukannya dengan membiarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Kaji semula sistem pembahagian gaji dan pendapatan bulanan/harian agar jurang perbezaannya tidak terlalu besar.   Jagalah kebajikan rakyat dengan seadil-adilnya. Bacalah kisah-kisah seperti kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai motivasi.

Dan perlu juga diingat, kesan kemiskinan kepada anak-anak golongan miskin terutamanya pada zaman yang serba mencabar sekarang ini. Apabila anak-anak mereka hidup tersepit di celah-celah kemewahan dan ramai orang kaya, maka jiwa mereka juga akan tertekan dan memberontak (terutamanya jika mereka sudah kurang mendapat didikan agama dan lemah iman). Ini ditambah lagi jika mereka bergaul pula dengan anak-anak miskin lain yang sama tertekan dengan mereka. Faktor ini antara faktor terbesar yang memungkinkan berlakunya pecah rumah, ragut, merompak, menagih dadah dan seumpamanya.

Maka jika anda sanggup untuk hidup dalam keadaan pecah rumah, ragut, rompakan, penagih dadah merata-rata dan semakin berleluasa, maka teruskan lah tamak dengan kekayaan dunia , berebut-rebut memperbanyakkan harta, megah dengan banyak harta dan makin membezakan jurang perbezaan pendapatan masing-masing. :)

Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw. menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim”. [Hadits Riwayat Al-Hakim]


Photo manipulation, Digital composite, Vegetable, Fruits

royalty free images



 


We're all belong to each other and came from same father and mother (Adam and Eve), so peace and justice for all. "O God You do not create this to waste , The Exalted One please protect us from hellfire" Subhanallah ....... :)

Recent Comments