Tuesday, March 25, 2014

Al-Badrul Munir Muhammad

| No comment
Muhammad on moon Islamic wallpaper

Al-Badrul Munir Muhammad (bulan bercahaya Muhammad)! Sollu 'alaih ....... Sama-sama kita perbanyakkan solawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w setiap hari sampai mati, insyaAllah. Mudah-mudahan kita mendapat syafaat dari Rasulullah S.a.w dan dapat bersama dekat dengan baginda di syurga nanti, amin.

من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه بها عشراً

"Sesiapa yang bersolawat kepadaku satu kali, Allah akan bersolawat kepadanya sepuluh kali."  [Hadits Shahih riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi]

Allah S.w.t bersolawat ke atas manusia itu bermaksud, Allah S.w.t mengurniakan rahmatNya.

إنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاةً

"Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku pada Hari Kiamat adalah yang paling banyak bersolawat kepadaku."   [HR Ibnu Hibban dalam kitab Shahihnya, Bukhari dalam at-Tarikh al-Kabir,  diHasankan oleh al-Albani]

الْبَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Daripada Ali bin Abu Talib r.a. nabi S.A.W. bersabda; "Orang yang bakhil itu ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku."     [HR at-Tirmizi]

Tags : ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Posts

Popular Posts

Recent Comments

Random Posts