Gambar Replika Batu Bersurat Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

gambar replika batu bersurat terengganu
Gambar Replika Batu Bersurat Terengganu dan bulan pada waktu malam



Replika Batu Bersurat Terengganu ini terletak di bulatan jalan kampung Ladang, dalam kawasan pusat bandaraya Kuala Terengganu. Lebih kurang 1km dari stesyen bas pusat. Replika ini dicipta sempena dengan Batu Bersurat sebenar yang dijumpai pada 700 tahun dahulu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dijumpai separuh tenggelam selepas surut banjir ketika itu iaitu pada tahun 1899.

Ianya adalah antara bukti kedatangan Islam suatu ketika dahulu. Ianya merupakan sebuah batu yang mengandungi ukiran tulisan paling tua iaitu tulisan jawi di Tanah Melayu ini. Batu ini dulu nya disimpan di Istana Negeri Terengganu tetapi kemudiannya dipindahkan ke arkib negara pada tahun 1960an.


No comments:

Thanx for the comment :)

Powered by Blogger.