..

Friday, September 5, 2014

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu

| No comment
Sunrise dan tayar di pantai Batu Buruk
Sunrise dan tayar di pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk letaknya hanya di sebelah bandar Kuala Terengganu. Hotel yang paling popular di Kuala Terengganu iaitu Primula Park Royal juga berada di tepi pantai ini.

Asal nama Batu Buruk khabarnya sempena ada batu yang berada ditengah laut (nampak jika dilihat dari daratan).

Sunrise dan batang kayu di Pantai Batu Buruk
Sunrise dan batang kayu di Pantai Batu Buruk

bunga Morning Glory di atas pasir di pantai Batu Buruk
Bunga-bunga Morning Glory yang tumbuh di atas pasir


Hotel Primula Park Royal

Pada setiap pagi hari Jumaat diadakan acara senamrobik di taman rekreasi berdekatan pantai Batu Buruk, dan untuk menyertainya hanya percuma.

Senamrobik di Taman rekreasi Batu Buruk

Pada waktu petang ada banyak lagi aktiviti hari minggu di pantai Batu Buruk, tetapi saya masih belum ada kesempatan untuk menangkap gambar-gambarnya. Antaranya ada aktiviti menunggang kuda, bermain layang-layang, menunggang kenderaan pantai dan sebagainya.

Para pengunjung tidak dibenarkan mandi di kawasan pantai ini kerana strukturnya yang agak merbahaya. Walaupun tidak sesuai untuk mandi, namun pantai ini berupaya menarik ramai pengunjung untuk bersantai menenangkan diri, berkelah, beriadhah dan sebagainya.

Pantai Batu Buruk GIF animation

Tags : , ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts