..

Saturday, March 12, 2011

Air terjun Pancur Bijih, Kuala Terengganu, Terengganu

| No comment
Gambar air terjun Pancur Bijih







Gambar tumbuhan di pinggir air, reflection dan riyak air


Saya tidak pernah dengar pun sebelum ini ada air terjun di dalam kampung Bukit Jong. Air terjun yang berdekatan yang saya tahu terletak dalam kampung Bukit Wan, yang diberi nama air terjun Pancur Sebatu.  Sedangkan air terjun ini diberi nama air terjun Pancur Bijih, di dalam kawasan kampung Bukit Jong, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sepertimana juga air di kawasan air terjun Pancur di kampung Bukit Wan, air dari bukit di sini juga digunakan untuk disalurkan ke rumah-rumah sekitar kawasan itu. Mereka membuat saluran paip yang mengunjur dari atas ke bawah. Tetapi saluran itu dibuat di tempat yang lebih atas, bukannya di tempat orang mandi-manda yang saya shoot ini. Maka jimat lah sikit orang-orang di sini jika bercakap soal bekalan air.

Tidak ketinggalan, kepada sesiapa yang suka macro, di sini juga sesuai untuk bermacro dengan spesis-spesis serangga yang pelbagai. 

Beliung @ Dragonfly bertubuh biru


Antara spesis tumbuhan di air terjun Pancur Bijih

Untuk masuk ke sini, mula-mula anda masuk simpang di kampung Tepoh, depan balai polis Tepoh. Jalan terus hingga anda jumpa satu label Homestay di sebelah kiri jalan. Alamak, lupa lah pulak nama Homestay tu, tetapi di situ ada jalan kecil masuk ke kiri. Anda boleh tanya-tanya orang yang berada di tempat itu untuk maklumat lanjut.

Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto air terjun, Gambar alam
Tags : ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts