..

Monday, March 7, 2011

Air terjun Pancur Sebatu, Kuala Terengganu

| No comment
Air terjun Pancur Sebatu, Kuala Terengganu
Air terjun kecil di Pancur sebatu

Pancur Sebatu terletak di kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu, Terengganu.  Untuk menuju ke kampung Bukit Wan, adalah mudah dengan mengambil jalan di simpang masuk di kampung Tepoh (sebelah kanan jalan jika datang dari bandar Kuala Terengganu).  Jarak dari simpang itu lebih kurang dalam 7km sahaja.

Tiada kemudahan asas mana di kawasan Rekreasi Pancur Sebatu ini, tetapi hanya dijadikan sebagai kawasan mandi-manda.  Air terjunnya pun terlalu kecil , tiada yang tinggi-tinggi. Selalunya orang-orang kampung berdekatan sini sahaja yang datang berkunjung.


Air terjun Pancur Sebatu, Kuala Terengganu




Berendam di dalam air yang jernih dan segar


Sepertimana juga kawasan air terjun lain, kawasan ini juga sesuai untuk menembak gambar macro serangga dan juga burung. 

Kupu-kupu gebu putih dan hitam macro


Jarak sederhana


Gambar tubuh penuh


Jumping Spider warna oren, coklat, hitam dan kebiruan


Burung bawa makanan anaknya


Air dari atas bukit di Pancur Sebatu ini ada juga yang disalirkan melalui saluran paip ke rumah-rumah. Bermakna penduduk-penduduk kampung di sini bertuah juga mendapat bekalan air segar dari bukit, siap  percuma lagi. Di samping mereka juga ada memakai bekalan air paip biasa.  Bekalan air bukit ini sebagai tambahan dan pada waktu kurang air, maka orang-orang kampung menggunakan bekalan air biasa juga.


Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Gambar air terjun, Foto flora dan fauna 
Tags : ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts