..

Saturday, June 1, 2013

Wallpaper Islamik - Munculnya galian-galian bumi

| No comment
Kata-kata hikmah - Munculnya galian-galian bumi

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi s.a.w. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.   [Hadits Riwayat Al-Baihaqi]

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam bukan sahaja kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang rakus dan tamak (Illuminati dan kuncu-kuncunya). Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari kiamat.


Tambahan

Barrick Gold Corporation adalah syarikat perlombongan emas yang terbesar di dunia, dengan ibu pejabat di Toronto, Ontario, Kanada, dan empat unit perniagaan serantau (RBU) yang terletak di Australia, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Logonya menggambarkan tiga bongkah emas bertindan-tindan membentuk seakan piramid.

Goldcorp pula adalah syarikat perlombongan emas yang kedua besar di dunia. Beribu pejabat di Vancouver, Kanada. Aset operasi Goldcorp termasuk lima lombong di Kanada dan Amerika Syarikat, tiga lombong di Mexico dan dua di Amerika Tengah dan Selatan.

Logo Goldcorp juga tak kurang alahnya dengan logo Barrick Gold.


Sila lihat juga 10 lombong emas terbesar di dunia

Tags : ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts