Sungai di kampung Losong terletak hanya beberapa km dari bandar Kuala Terengganu. Saya sendiri pun tak pasti sempadannya dengan kampung lain kerana ia juga bersebelahan dengan Pulau Wan Man. Tambah lagi, kampung Losong sendiri ada banyak pecahan pula, seperti Losong Hj Mat Syafie, Losong Panglima Perang, Losong Masjid, Losong Muzium dan ntah apa lagi.
Pengkalan bot nelayan waktu malam (night shot)
Banyak juga pengkalan bot nelayan di sepanjang sungai di sini (berdekatan dengan Taman Tamadun Islam). Di bawah ini pula adalah gambar-gambar lama saya di sungai Losong belah Muzium Negeri .......
Sunset di kampung Losong
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab neraka."
No comments:
Post a Comment
Thanx for the comment :)