3D Landscapes | Animals | Arachnida | Candid shot | Flowers | Insects | Landscapes | Macro | Mushrooms and fungi | Pencil drawing | Photo manipulation | Portraits | Sports | Video

Mini Museum: Banknotes (paper money) | Coins | Stamps |

Air terjun | Bukit | Masjid | Pantai | Pulau | Sawah | Sungai | Tasik
Tips Fotografi



Air terjun Pancur Bijih

Air terjun Pancur Bijih






Saya tidak pernah dengar pun sebelum ini ada air terjun di dalam kampung Tepoh. Air terjun yang berdekatan yang saya tahu terletak dalam kampung Bukit Wan, yang diberi nama air terjun Pancur.  Tetapi air terjun ini ditambah sikit dengan nama air terjun Pancur Bijih, di dalam kawasan kampung Tepoh, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sepertimana juga air di kawasan air terjun Pancur di kampung Bukit Wan, air dari bukit di sini juga digunakan untuk disalurkan ke rumah-rumah sekitar kawasan itu. Mereka membuat saluran paip yang mengunjur dari atas ke bawah. Jimat lah sikit orang-orang di situ jika bercakap soal bekalan air.

Tidak banyak sempat saya shoot di situ tadi dan hanya tembak di kawasan belah bawah air terjun itu sahaja. Pergi pun bukannya dirancang. Tetapi kebetulan siang tadi saya menemani anak sepupu saya iaitu Mohd Zaim Hassim pergi ke rumah kawannya atas urusan kerja.  Dan kawannya itu memberitahu ada satu kawasan air terjun berdekatan rumahnya. Kami pun terus minta ditunjukkan jalan dan meredah ke situ.

Saya dengar cerita dari penduduk di situ, belah-belah atas air terjun tu pun boleh tahan. Dan tidak ketinggalan, kepada sesiapa yang suka macro, di situ juga saya temui serangga yang pelik-pelik juga. Cuma saya tidak sempat untuk bermacro kerana masa tidak berapa mengizinkan. 


Waterfall photos, Nature picture, Amazing Malaysia, Landscape in Terengganu  


Photos, images, pictures, graphics and wallpapers , By : NeeZhom PhotoMalaya

~ 1 comments: ~

Pemerhati
at: February 5, 2011 at 6:44 AM said...

Yang sentiasa dinanti2kan. Landscape2 mengujakan. SubhanAllah. Seronok betul ada air terjun natural begini. Sungguh menenang dan mendamaikan.

Tak cukup rasanya tiga keping gambar ni. Nak lagi....Saya suka sekali...

~ Post a Comment ~

Thanx for the comment :)







We're all belong to each other and came from same father and mother (Adam and Eve), so peace and justice for all. "O God You do not create this to waste , The Exalted One please protect us from hellfire" Subhanallah ....... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Random Posts