..

Saturday, March 12, 2011

Pantai Bari Kecil, Setiu, Terengganu

| 2 Comments

Pantai Bari Kecil, Setiu 
Gambar ombak menyerbu di pantai Bari Kecil


Pantai Bari Kecil terletak di kampung Bari Kecil, Setiu, Terengganu,  berjiran dengan Pantai Rhu Sepuluh, tidak jauh juga dari Pantai Merang. Pantai ini banyak dengan batu-batu jenis kerikil besar kerana ada bukit di sebelahnya. Ada dua kelompok kawasan berbatu di sini. Sememangnya jika anda mahukan pantai yang berbatu, carilah pantai yang ada bukit di tepinya, insyaAllah dapat lah.

Pantai ini letaknya tidak jauh dari Loji air di kampung Bari Besar, Setiu, dan tidak jauh dari jalan utama. Jika kita datang dari arah Kuala Terengganu, simpang masuk ke dalamnya hanya beberapa kilometer selepas loji air tadi di sebelah kanan jalan. Ada beberapa ketul batu besar dari bukit di tepi jalan situ. Tiada label diletak lagi buat masa ini, dan simpang itu hanya lah sebuah jalan kampung yang kecil, maka mesti perhatikan dengan sebaiknya untuk masuk ke sini.

Kerusi buruk di Pantai Bari Kecil, Setiu 
Gambar kerusi buruk di tepi pantai Bari Kecil

Batu kerikil besar di Pantai Bari Kecil, Setiu 
Gambar bebatu kerikil besar yang menawan di pantai Bari Kecil

Pantai Bari Kecil, Setiu 
Gambar buluh dan batu karang di pantai Bari Kecil

Pantai Bari Kecil, Setiu

Pantai Bari Kecil, Setiu 
Gambar Pantai Bari Kecil dan matahari di sebalik awan

Pantai Bari Kecil, Setiu 
Gambar tompok-tompok awan, tompok-tompok bayang dan tompok-tompok batu di pantai Bari Kecil. Bukan tompok-tompok taik unta ya!

Pantai Bari Kecil, Setiu

Percikan air besar di Pantai Bari Kecil, Setiu
Gambar percikan air besar di pantai Bari Kecil

Saya agak hairan kerana pantai ini kurang di popular kan selama ini. Sedangkan bagi saya, kawasannya sangat cantik dan amat sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan.

Tetapi ntah lah, mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menjadikan kawasan ini tidak di popularkan dengan meluas. Ramai lagi yang masih tidak mengetahui akan wujudnya pantai berbatu ini. 

Pantai ini juga nampaknya bagus kepada orang-orang yang minat mengail. Ketika saya pergi ke sini tempohari pun, ada beberapa orang yang sedang mengail di situ.




*Update 20 Julai 2017

Petik gitar di Pantai Bari Kechil
Fotografer pun nak goreng gitar jugak :-D - Pantai Bari Kechil revisited


Tags : ,

2 comments:

  1. Wow! Pernah dah sampai Rhu Sepuluh & Merang mmg x perasan pantai ni. Mmg cantik ke atau DSLR yg buat nampak cantik o^^o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai ni cantik kerana berbatu kelikir, antara yang tercantik di Terengganu bagi ambe hehe .. gambar pn kena retouch skit dalam Photoshop la , kerana saya x guna filter2 kamera, mahal2 sangat x mampu huhu ... terima kasih, jzkk

      Delete

Thanx for the comment :)

1:32 & 1:24 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts