..

Friday, October 31, 2014

Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu

| No comment
Pantai Rhu Sepuluh, Setiu

Pantai Rhu Sepuluh atau Pantai Penarik terletak di daerah Setiu, Terengganu. Ia berjiran dengan Pantai Bari Kecil dan hanya 400 meter dari kampung Penarik. Pantai ini agak popular kepada pengguna jalanraya laluan pantai Kuala Terengganu-Kota Bharu, kerana mempunyai banyak gerai jualan dan restoran makanan laut, dan ia juga terletak betul-betul di tepi jalan.

Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas awam, taman permainan kanak-kanak, kerusi-kerusi dan tempat rehat banyak disediakan di sepanjang pantai.

Pantai Rhu Sepuluh, Setiu

Pantai Rhu Sepuluh, Setiu

Kerusi rehat di pantai Rhu Sepuluh

Ada beberapa pulau yang kelihatan di kejauhan dari pesisir pantai ini, seperti Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Bidung.


Taman Permainan Kanak-Kanak di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu
Salah satu mainan di Taman Permainan Kanak-Kanak

Tidak jauh dari sini iaitu di kampung Bari, antara Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Bari Kecil, ada kem Pasukan Simpanan Tentera Laut.

Tags : , , ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 & 1:24 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts