3D Landscapes | Animals | Arachnida | Candid shot | Flowers | Insects | Landscapes | Macro | Mushrooms and fungi | Pencil drawing | Photo manipulation | Portraits | Sports | Video

Mini Museum: Banknotes (paper money) | Coins | Stamps |

Air terjun | Bukit | Masjid | Pantai | Pulau | Sawah | Sungai | Tasik
Tips Fotografi



Wallpaper Islamik - Minum arak dan menamakannya bukan arak

Wallpaper Islamik - Minum arak dan menamakannya bukan arak

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar (arak) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain, sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah s.w.t. akan mengubah mereka menjadi kera atau babi”. [Hadits Riwayat Ibnu Majah]

Keterangan

Maksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara’. Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan.

Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi.

Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi s.a.w. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah s.w.t. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

[Dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]


Tambahan

Begitu juga kita dapat lihat di zaman moden telah muncul pelbagai jenis pil yang MENGKHAYALKAN, dan juga dadah-dadah yang juga MEMABUK dan MENGKHAYALKAN. Konsep mabuk itu sama dengan arak, cuma ianya dipanggil dengan pelbagai nama lain seperti ectasy, pil kuda, heroin, morfin, syabu, ganja, ketamin dan sebagainya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~

Thanx for the comment :)







We're all belong to each other and came from same father and mother (Adam and Eve), so peace and justice for all. "O God You do not create this to waste , The Exalted One please protect us from hellfire" Subhanallah ....... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Random Posts