Bawah jambatan Jeram - Night shot
Antara jalanraya dan jambatan baru di daerah Kuala Terengganu. Jalanraya ini dari kampung Jeram, Manir merentasi sungai ke kampung Tok Kong, dan akhirnya tembus ke kampung Bukit Guntong. Bermakna sesiapa yang dalam perjalanan ke arah Besut atau Kelantan, lebih dekat melalui jalan ini, kalau datang dari area Manir.
Diharapkan jalanraya ini dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan yang semakin parah di daerah Kuala Terengganu, terutamanya di musim-musim perayaan. Dan semoga kerajaan bina juga laluan komuter atau LRT, kerana ia adalah antara alternatif terbaik untuk mengurangkan kesesakan jalanraya.

Kalau jalan terus, tembus di kampung Bukit Guntong
Di pesisir sungai bahagian bawah jambatan, ok juga untuk dijadikan kawasan bersiar-siar di waktu lapang untuk menenangkan minda di samping melihat alam ciptaan Allah S.w.t.
No comments:
Post a Comment
Thanx for the comment :)