..

Monday, October 27, 2014

Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu

| No comment
Pantai Teluk Bidara, Dungun

Pantai Teluk Bidara terletak di Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu, tidak jauh dari Kuala Dungun. Pantai-pantai di Dungun banyak yang berbatu, termasuklah pantai ini. 

Anda juga dapat melihat Pulau Tenggol di kejauhan dari pantai ini. Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas, tempat berteduh, taman permainan kanak-kanak ada disediakan di sini.


Pantai Teluk Bidara, Dungun

Pantai Teluk Bidara, Dungun

Pantai Teluk Bidara, Dungun
Air laut yang jernih di Pantai Teluk Bidara

Maaf lah, saya hanya menangkap gambar-gambar keadaan pantainya. Bagi yang belum sampai dan melihat keindahan kawasan pantai ini yang mahu melihat gambaran sekitar kawasan ini, boleh lah Google blog-blog atau website lain yang membuat post tentang pantai ini.

Bangkai bot pecah di Pantai Teluk Bidara, Dungun
 Bot pecah terbengkalai di Pantai Teluk Bidara


Gua di Pantai Teluk Bidara, Dungun
 Gua kecil di tepi Pantai Teluk Bidara

 Sebuah pokok di atas bukit tepi Pantai Teluk Bidara

Pokok-pokok atas bukit tepi Pantai Teluk Bidara

Ramai orang selalu datang mandi-manda di pantai ini, walaupun ada signboard melarang mandi di kawasan itu. Memang seronok mandi di kawasan berbatu, tetapi perlu hati-hati, jaga adab sopan dan tawakkal pada Allah juga, kerana pantai ini juga pernah memakan mangsa.

Pantai berbatu biasanya ada lah bukit berhampirannya. Dan jika ada bukit, maka kemungkinan besar lah ada penghuni alam lain di situ. Faham-faham lah ya. :-)


p/s: Kalau dapat tangkap gambar Sunrise di sini baru betul-betul puas hati. Tetapi apakan daya, jauh dari tempat tinggal ambe. Datang ke sini pun dalam waktu terbatas untuk ke pantai-pantai lain pula, ditambah lagi dengan bateri kamera yang sudah kong (tidak tahan lama).

Walau apa pun, alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih mengizinkan ambe untuk sampai ke pantai ini.

Tags : , , ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts