..

Friday, June 7, 2013

Wallpaper Islamik - Berdakwahlah dengan kasih sayang

| No comment
Wallpaper Islamik kata-kata hikmah

Berdakwahlah dengan Kasih Sayang, bukan dengan Dengki dan Sakit Hati

“Kamu semua adalah sebaik-baik umat, diutuskan kepada manusia untuk menyuruh berbuat baik, melarang berbuat jahat, dan BERIMAN kepada Allah.” [Surah Ali Imraan : 110]

"Ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan contoh pengajaran yang baik dan berdailoglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik"  [Surah Al-Nahl : Ayat 125]

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” [Surah Aali Imran: 159]

Tentang rahmat dari Allah itu, Al-Hasan Al-Basri mengatakan bahawa begitulah akhlak Nabi S.a.w yang diutuskan oleh Allah, dengan menyandang akhlak ini. Makna ayat ini mirip dengan makna ayat yang lain, iaitu firmanNya; [1]

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."  [Surah At-Taubah : 128]

"Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku agar bersikap lemah-lembut terhadap manusia sebagaimana Dia memerintahkan kepadaku untuk mengerjakan hal-hal yang fardhu."  [Hadits Riwayat At-Tirmizi , dalam Tafsir Ibnu Katsir]

Bagi pendakwah-pendakwah sekalian, apa tujuan anda berdakwah? Adakah kerana;

1- Sakit hati tengok orang lain senang (senang kerana bergelumang dengan dosa) , maka kita jadi marah dan tak puas hati kerana emosi semata-mata.

2- Busuk hati dan hasad dengki dengan orang-orang yang berjaya, yang pandai dan seumpamanya, kerana kita tidak dapat berjaya sepertinya, pandai sepertinya. Bukan kita nak bersaing dengannya, tetapi kita cuba menjatuhkannya.

3- Saja mengikut-ngikut orang, kerana orang suruh buat baik, kita pun suruh buat baik. Orang larang buat jahat, kita pun larang buat jahat. Kang tak buat kang malu pulak kat orang, konon-konon kita ni pun baik juga lah. Ataupun sebagai hobi di masa lapang, tanpa matlamat yang jelas.

4- Kerana untuk mendapat habuan wang ringgit. Kerana anda dibayar lebih untuk melakukan demikian.

5- Kerana untuk menunjuk-nunjuk pandai dan alim. Untuk mendapat penghormatan dari manusia dan mendapat pujian serta nama. Mahu mendapat ramai anak murid dan merasa megah dengan ramainya anak murid.

6- Kerana suka mencari balah dengan orang lain dengan bertikam lidah, berdebat mengikut emosi dan merasa puas hati apabila menang dan dapat mengalahkan pihak lawan.

7- Kerana merasakan diri kita sudah terlalu baik sangat dan tidak ada cacat cela sampai kita tidak perasan kita selalu berburuk sangka pada orang lain dan memandang rendah pada orang.

8- Kerana menjalankan perintah Allah, sayangkan manusia dan kasihankan manusia seluruhnya, takutkan bala Allah di dunia dan azab Allah yang amat pedih di akhirat, dan tidak mahu saudara-saudara kita atau manusia lain pun turut sama mendapat bala dan azab. 

Maka dalam kategori manakah anda termasuk? Cuba fikir-fikirkan dan muhasabah kembali diri kita. Apakah niat kita sebenarnya dan ke manakah hala tuju dan destinasi kita?


Semoga kita tidak lupa akan perjalanan dakwah nabi yang penuh dengan kasih sayang. Sehinggakan kepada Yahudi tua yang selalu mencerca, melontar sesuatu padanya, hingga pernah melontar najis pun baginda masih lagi melayan dengan baik, dan cuba berdakwah juga dengan baik kerana tidak mahu manusia itu susah di akhirat nanti.  Adakah itu DAKWAH dengan kasih sayang atau DAKWAH dengan kedengkian?

Dan semoga kita tidak lupa, bahawa sahabat-sahabat nabi akan menangis merindui nabi apabila mereka terpisah jauh dan seumpamanya. Kerana mengenangkan akhlak dan peribadi nabi yang sangat mulia dan agung.

Walaubagaimana pun, hendak lah kita pandai membezakan antara dakwah dengan TEGAS dengan dakwah dengan KERAS. Kerana kadang-kala, ketegasan amat perlu dalam menyampaikan kebaikan. Ianya berbeza dengan dakwah berEMOSI marah yang tidak keharuan. Nabi pun kalau bab akhirat, memang akan berlaku TEGAS, akan tetapi penuh dengan kasih sayang. Ibarat seorang ayah yang sayangkan anaknya, ada kalanya perlu dirotan untuk mengajar, jika tidak anak itu akan terus hanyut dan tidak ada sikap hormat dan takut pada sang ayah.

Lagi pun Uslub (kaedah) dakwah  berbeza-beza, sesuai dengan nabi berdakwah bersama sahabat-sahabat agung yang mempunyai pelbagai watak dan cara. Nabi bukan suruh ikuti baginda sahaja, tetapi juga sahabat-sahabat terutamanya sahabat 4 iaitu Khulafa' Ar-Rasyidun.

Rasulullah S.a.w bersabda;  “Wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur-Rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku, gigitlah dengan gigi geraham (pegang erat-erat) dan jauhilah perkara-perkara baru yang tidak diajarkan agama, kerana hal itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat .”  (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Majah dishohihkan oleh Al Albani dalam Shohihul Jami’ )

Wallahu a'lam .......


Rujukan:

1 - Tafsir Ibnu Katsir





Lihat juga  Wallpaper Islamik - Haramnya mencaci maki seorang mukmin


Kata-kata hikmah , kata-kata nasihat
Tags : ,

No comments:

Post a Comment

Thanx for the comment :)

1:32 Diecast Cars
___________________
Arts of Video Games

Recent Posts

Popular Posts This Month

Recent Comments

Random Posts