Nah, Johnny Depp pun pandai sokong PAS! Tapi anda tidak perlu percaya lah, kerana kenyataan ini sama juga dengan gambar di atas iaitu FAKE (PALSU)! Ntah Johnny Depp pernah dengar ke tidak nama PAS. ;))
Sekarang ini imej PAS (Parti Islam Semalaysia) tercalar lagi dengan keluarnya video seks yang kononnya salah seorang wakil tertinggi PAS. Ianya belum tentu benar dan jika benar sekali pun, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jika seorang ahli atau pemimpin PAS buat jahat, tidak semestinya semua ahli PAS adalah jahat. Sama lah seperti pandangan orang-orang kafir terhadap umat Islam, di mana ramai mereka beranggapan umat Islam adalah pengganas kerana ada segelintir Muslim yang menjadi pengganas.
Jangan kerana ada Muslim yang jahat maka seluruh Muslim dihukumkan sebagai jahat. Itu pemikiran kolot dan sudah ketinggalan zaman kerana masing-masing kita diberikan akal fikiran untuk menilai. Jika seseorang itu sudah terbukti jahat, baru lah boleh dikatakan jahat.
Oleh itu, wahai penyokong-penyokong PAS, jangan lah putus asa dan lemah semangat dengan perkara-perkara sebegini, kerana lumrah dalam perjuangan mesti ada ujian dan halangan. Perjuangan untuk memartabatkan Islam kembali mesti diteruskan, dan pedulikan apa orang lain nak kata, asalkan niat kita suci dan ikhlas kerana Allah S.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ....... Takbir!
Photo manipulation, Digital composite, Johnny Depp, PAS
No comments:
Post a Comment
Thanx for the comment :)